Tuesday, November 3, 2015
rezeki
gunanya malaikat pemberi rezeki.
insyallah dia xbagi kau duit
dia bagi kau sihat
dia xbagi kau senang
dia bagi kau tenang
Selalu kita bersyukur masa kita
dijamu dengan duit beriban..
sampai bila dan sampai mana..
Allah tu ada.
maha pemurah lagi maha mengasihani.
ada sebab dia xnak kau kaya harta
ada sebab dia xnak kau senang dunia
tapi egt kalau orang dah buat kau macam tahi
nasihat aku
blah laaa..
sebab rezeki bukan orang yg tentukan..
Allah tu adil..
Aku bersyukur diatas segala nikmat dan setiap hembusan nafasku
Friday, August 7, 2015
Pecah
Sungguh.
Dalam.
Jauh.
Di satu tempat x ada rasa.
Sikit pon x ada.
Langkah laju.
Sampai nanti.
X ada aku.
Hilang.
Friday, April 10, 2015
ISTERI ITU AMANAH
Sekarang ni bukan apa, nak share buat para suami yang lepas tangan dari segi nafkah zahir. Batin memang xyah cakap.
Memetik artikel Pengerusi Himpunan Ustaz dan Pendakwah Dr Zaharuddin Abdul Rahman menerusi www.zaharuddin.net bertajuk "Hukum Wanita Bekerja Dengan Keputusan Fiqh Dunia" menyatakan Islam membenarkan isteri bekerja tetapi semua kebenaran tadi adalah diikat dengan syarat-syaratnya.
Keharusan ini termasuk dalam umum sebagai firman ALLAH SWT yang bermaksud: “Bagi lelaki bahagian yang ia usahakan dan bagi wanita bahagian yang ia usahakan.” (Suran An Nisa’ : 32)
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Tiada seorang pun yang makan lebih baik dari orang yang makan hasil dari tangannya sendiri” (Riwayat, Al-Bukhari, no 1966, Fath Al-bari, 4/306).
Justeru, bekerja dan mencari nafkah adalah wajib bagi lelaki yang tiada sebarang keuzuran tubuh dan akal bagi menanggung isteri dan keluarganya.
Manakala wanita pada asasnya, hukum Islam meletakkannya untuk berperanan di rumah dan keluarga bagaimanapun wanita tidak dilarang bekerja di luar rumah jika terdapat keperluan serta mampu menepati syarat-syarat yang ditetapkan Islam.
Isu ini tidak dibincangkan meluas di zaman Nabi atau sahabat kerana terlalu kurang keperluan untuk itu pada zaman tersebut (Nizam Al-Usrah, Dr Uqlah Al-Ibrahim, 2/280).
Isteri mempunyai kelayakan sepenuhnya dan hak harta yang tersendiri. Menurut hukum Syariah, isteri mempunyai hak penuh (harta) yang diusahakan, sama ada untuk menggunakannya, memiliki sesuatu, membelanjakannya sementara suami tidak punyai sebarang berkuasa ke atas harta isterinya itu.
Isteri juga tidak perlu mendapat izin suami dalam pemilikan hartanya itu dan cara belanjakannya. Selain itu, tanggungjawab asas seorang isteri mengurus keluarga, mendidik anak dan memberi sepenuh perhatian terhadap generasi masa depan itu.
Ketika perlu, isteri berhak bekerja dalam bidang yang bersesuaian dengan tabiat dan kemahirannya menurut yang diiktiraf syarak dengan syarat menjaga hukum agama. Kewajipan suami memberi nafkah kepada isteri yang bekerja tidak gugur menurut Islam, selagi mana tidak berlaku ketika keluarnya isteri tersebut untuk bekerja menyebabkan berlakunya isteri ‘nusyuz’, tatkala itu gugur kewajipan suami memberi nafkah kepada isterinya yang nusyuz.
Menyentuh soal isteri turut serta membiayai perbelanjaan keluarga, menurut pandangan Islam, isteri tidak wajib berkongsi peranan membiayai nafkah yang diwajibkan ke atas suami. Suami juga tidak harus mewajibkan isteri membantunya (dengan bekerja).
Kerelaan isteri untuk turut berperanan membantu perbelanjaan keluarga adalah dibenarkan menurut pandangan syarak.
Diharuskan untuk membuat persefahaman dan persepakatan antara suami dan isteri akan cara pengurusan pendapatan mereka termasuk pendapatan yang diperoleh oleh isteri.
Isteri dibenarkan untuk meletakkan syarat pada akad perkahwinannya bahawa ia hendaklah dibenarkan bekerja, apabila suami reda dengan syarat itu, ia menjadi kemestian baginya untuk membenarkan (setelah kahwin). Syarat itu hendaklah dinyatakan secara jelas ketika akad.
Suami pula harus meminta isteri meninggalkan kerjayanya walaupun sebelum ini ia membenarkannya, iaitu sekiranya meninggalkan pekerjaan itu dibuat atas tujuan kepentingan keluarga dan anak-anak.
Tidak harus, pada pandangan syarak, suami menjadikan keizinannya kepada isteri bekerja dengan syarat isteri hendaklah membantu perbelanjaan keluarga yang diwajibkan ke atas suami, mahupun mensyaratkan isteri memberi sebahagian daripada pendapatannya kepada suami.
Suami tidak boleh memaksa isteri untuk keluar bekerja.
DAN KETAHUILAH PARA SUAMI WAJIB MENYEDIAKAN KEPERLUAN ISTERI.
Saturday, November 29, 2014
Miscarriage first baby ii
Wednesday, November 26, 2014
Miscarriage First baby
21/11/14 11pm Ade spoting darah.aku g clinic.clin suruh refer hospital.
22/11/14 aku penat tido dr pukul 1pm until 6pm..bangun pukul 6:30, pkul 7:30pm gerak g HUKM Cheras. Pkul 9:30pm dorng buat speculum and masuk-kan jari sampai kne pangkal rahim(reason-nak tgk mana dah dtg) kenapa perlu speculum??Pkul 10:30pm scan baby oke sihat sgt..jantung dupdapdupdap..cantik..berenang2...tp doc put as a threaten miscarriage..but still why speculum..
23/11/14 1am aku bgun tido..ya Allah darah penuh siap atas cadar..then cuci2 Pakai pad sambung tido..3am bgun rasa cm Ade bende keluar g tgk darah seketul.pad penuh..tuka.5am darah lagi seketul penuh pad..ya Allah apakah ini...xlarat aku tuka pad.sambung tido..perot langsung xsaket...7am..ya Allah Ade seketul macam isi ikan.macam darah...aku flush..darah menitik2 atas lantai...aku g HUKM..doctor check..bby da xde..incomplete miscarriage..ya Allah..Allah hu rabbi..ya fatah hu ya halim..rupenye yang nampak mcm isi ikan.yang aku flush itu baby..ya Allah..bila dorng tunjuk bru aku tahu..kecik je..sempat aku pegang..besar ibu jari..
24/11/14 Orang cakap miscarriage/gugur tu biasa,xsaket,normal,leh lari2..xmacam bersalin..hurm bongok la sape ckap camtu..2bulan 2minggu 5hari aku bawak anak aku..ye kejap..masa dia xde i feel nothing..sabar.egt Allah.tunjuk yang aku kuat..xnak org nampak aku sedih..aku ok.ye aku ok...org bersalin nampak bby hilang sakit..aku sakit..ya Allah, Allah is the only know how its pain.2malam tido di ward..aku rindu suami aku.
25/11/14 discharge!but before that aku dapat satu kuasa utk argue dgn doctor..why speculum in First trimester?why dont inject?n bnyk bende until he talk about fate..do not talk about fate if u hv the preventif action..bukan aku nak menolak takdir tp bende boleh avoid kita avoid..baby aku sihat..napa lepas speculum dia xde..aku bukan budak medic..tp people surround me is medic people.until doctor tu diam n aku ckap thanks...ini takdir aku.
26/11/14 smlm bru dpat tido dgn abe..smlm bru abe nampak malam2 aku dekat ward macam mana..sakit ya Allah..lebih dari senggugut..abe bgun urut kaki aku tgh malam...abe pelok aku.ajar aku mengucap.selawat..ya Allah..bangun pagi mama siapkan air mandi.akar kayu.n makanan nasi+ikn kembung rebus bakar+halia+kunyit+blackpeper. Air minum akar kayu..ubat sapu kat perot-herba..mama prepare then mama Ade keje..abe yg buat semua...yea..dr mandi.makan.letak ubat kat perot.pkaikan stokin..semua abe..
Wednesday, November 19, 2014
50hari menjadi isteri
hurm..tp aku pandai buat lempeng n scramble eggs..
itu je.
goreng nugget.cekodok.telur.
yea yang tu pon terre.
tp xpe..abe tahu tu..
abe masak.aku makan.
dia wat sepah aku kemas.
dia basuh baju aku lipat.
aku standby breakfast dia kemas katil.
give and take.
orang kata tugas suami dibantu oleh isteri..
mana aku tahu aku tolong
xtahu aku diam.hahahaha
Wednesday, October 1, 2014
HIDUP
Allah akan bagi kau rasa yang kau diduga.
25tahun hidup sejak dari dlm perot lagi..
Kau Allah bagi limpah kasih sayang.
ade lenggang perot segala.
kau ramai orang sayang.
kau pon rasa kan..
tapi bila ade 25org je dlam dunia ni benci kau.
kau hangen lak..
bila Allah cipta kan kau cukup segalanya..
tuptup ade satu perkara
Allah tarik kejap.
kau terus rse nak jatuh
eyh
sabar lily fadhilah..
ALLAH
dugaan ape kau bagi ni
Jangan sampai satu tahap
dunia hilang senyum aku,
dunia rindu suara aku.