Sunday, August 1, 2021

PAPA DAH XDE

 Jumaat 30 July 2021 jam 2250pm baby facetime aku..

“Kaklong papa dah xde..”

Allah!! Sesuatu yang buat aku longlai! Sebabnya 1830pm aku dekat rumah mama sampai 2030pm. Sebab baby ckp papa lemah sangat2. Aku sampai aku jenguk papa, aku call ambulance. 1930 ambulance sampai, kkm team datang check papa. Oksigen below 100 which 40-91 up and down (di classify sebagai sesak nafas) gula rendah (hypo) dan tekanan darah (bp) yang tak stable. Doc cakap memang keadaan yang perlu untuk pergi hospital. So dorg cerita procedure hospital yang kena masuk covid zone first. Ya Allah! Serta merta aku disagreed. So sign surat menyatakan aku tak nak bawak papa pergi hospital 😢 time tu doc ada tanya if anything happens jantung terhenti, nak buat cpr tak? papa geleng sambil cakap xnak. Aku inform doc yang papa jurulatih jasmani pdrm so dia tahu impact cpr 😣 jadi mereka masih disitu pantau keadaan papa. Ok nampak macam ok. Tinggikan bantal sikit. Lepas tu papa macam nak relax. Aku cakap “Pa, kaklong balik boleh ke? Nak amek anak2 umah mamarose.” Papa berdehem “hmm” sambil pejam mata. Aku usap kaki papa, nak cium tak terdaya. Aku nak sangat cium papa, tapi papa xpernah bagi. Selama covid teruk dia mmg xbagi orang salam dan cium.

Aku balik, sampai rumah mandi and solat. Lepas tu aku makan. Tengah relaxkan badan sebab abe tengah mandi kezen aku call sebab aku tanya procedure dekat kpj. So dia dah liaise dengan specialist. Dia explain keadaan sebenar papa yang papa punya bacaan tu mmg x stable sebab kita tahu keadaan papa macam mana. Aku pon tahu. Then aku start wasap baby “ Kak yana call kaklong. Dia dah bercakap dengan specialist. Malas nak ckp depan mama nnt mama nangis.Papa sebenarnya mmg kaklong ngan papamama tahu papa stage 4. Mmg dah xde harapan. Tp td specialist inform kalau buat procedure buang air pon kejap je la ok dan ada jugak risiko papa meninggal masa buat. And bila dah jadi tak boleh buat apa. So klau papa xnak g hospital takpe. Just monitor 3 benda tu o2 gula n darah. Kalau ada jadi sesak nafas call dorg.” Dan dalam masa yang sama baby ckp papa macam xsedar. Keep dzikir dan sebut Allah Allah lepas tu diam. Pastu sambung dzikir. Aku suruh baby ajar mengucap. Aku siap2 aku jerit abe ajak g umah mama. Lepas tu baby call cakap papa dah xde. Allah3!! Alif call!! Sama. Aku suruh alif call 999. Sedih Allah je tahu. Semua adik2 ada kat rumah aku yang xde time papa pergi. Mungkin ada hikmah. Kenapalah aku xbawak je ayyub uthman sekali..semua jadi tanda tanya pada aku sebab sedih. Tapi aku tahu semua tu hikmah. Aku yang paling rapat dengan papa. Tahun ke 32 aku dengan papa. 

Tapi bila mama dan adik2 cerita pengakhiran papa, aku lega. Papa sempat solat isya, papa baca al mulk, papa bersembang dengan mama tentang redha dan maafkan semua nya, papa dzikir xberhenti. Dan ayat terakhir papa adalah khalimah syahadah “lailahailallah” dan terus papa lepas nafas dan pergi. Disamping pelukan isteri tercinta. Isteri yang tak pernah culas menjaga papa disaat papa tanggung kesakitan. Tak ade sekali dia meraung, merengek, meratap. Tak de. 

Suasana hari pengebumian yang sangat sayu. Kami semua 5 beradik diberi peluang memandikan papa. Termasuk 2 menantu dan 3 sepupu yatim piatu yang papa jaga. Total 10 semuanya yang uruskan papa mandi, papa dikafankan dan dikebumikan semua oleh kami 10orang anak papa. Sampaikan ahli jemaah surau cakap “kau ambil ni aku sebak.” Selalu yang kita jumpa orang yang mandikan mayat hati nya cekal. Tapi pakcik ni sebak tengok kami.

Allah, sesungguhnya aku bersyukur papa pergi dalam Husnul Khotimah. Dia tahu saat kematian dia, dia tanya harini hari apa. Dia berzikir sepanjang masa. Sempat al mulk. Dan ucapan terakhir adalah khalimah Allah.




No comments:

Post a Comment