Wednesday, November 14, 2012

it's all about tun

boleh x kalau aku nak bercerita pasal pengalaman aku dgn  ayahanda Tun Dr. Mahathir Mohamad (tun m) dan bonda Tun Dr. Siti Hasmah Ali (tun h)..sememangnya aku sgt berterimakasih dgn afiq sbb tetibe teringat kat aku dan menjemput aku join program kembara bersama tun m...pada mula nya afiq tnya-

'lily..nak jumpa n lepak an tun x?'
'eh kau ni tnya aku mcm xknal aku..idol aku tu'
'so nak x?'
'mesti la nak afiq oi...'
'oke..done kau leh lepak an tun ahad ni..'
'what??aku mimpi ke???'
'eh x.x...ahad ni oke..tp kne grak lusa..khamis ni'
'erk??kat mana?'
'langkawi..'
'urm afiq..jumaat aku kne handle interview..sabtu dean's list award..'
'so nak x??'
'demi tun...'


beb demi tun..maw nye tidak..dr kecik aku menunggu untuk berjumpa an tun m dekat2..lepak2 duk an tun m..yang aku leh kata..aku mcm bermimpi..dulu start aku masuk unikl..ape2 talk pasal tun m aku akan g..dalam hati aku tersemat satu je..aku nk jumpe an tun m..aku nak salam,ucaptime kasih n ckp aku sayang dia..dr kecik kot..kecik2 dulu aku egt lagi tahun 1995...tun m and tun h datang taman guar perahu penang..dorg main batminton kat padang...ramai sgt org..time tu papa dukung aku...aku ckp an papa-

'papa...nak g dekat dr mahathir...'
'ramai orang la...ni nampak kan'
'nak g dekat2..'
'nanti da besar kaklong g jumpe dr mahathir dekat2...'

dan dengan sebaknye aku cerita dkat tun h...tun h very nice person..tun h ckp..all the best..thnks sbb pimpin sy..sepanjang aku dgn tun m n tun h..mata aku xlepas2 memandang tun m n tun h...aku sgt kagum dgn mereka...i love both of them...masa aku becakap dgn tun m..aku rse mcm nak pengsan..bila mana aku tnye soalan.tun m menjawab dgn memandang tepat dlm anak mata aku...ya allah tuhan je la yang tahu..itu da satu hal..masa mula2 jumpa tgn aku menggeletar dalam bilik vip..aku hulur tangan salam dgn tun n aku hulur organizer aku-

"tun, mintak sign..sy xdak buku tun..sy ada organizer ja..."
(sambil bg pen aku)
"tak pa laa..student...nak sign tang mana ni??'

'sini tun..'

'hari ni 11/11/2012..dah..'

'terima kasih tun... :))) i love u..'

aku pon g balik sebelah tun h dan aku mintak tun h sign bwh sign tun m...aku bg pen kat tun h..aku ckp

'sorry tun pen murah..'
'eh xpa la..buleh wat tulis jugak...'

dan yeah final exam kali ni aku akan pakai pen yg sama dgn tun m n tun h guna untuk sign kat organizer aku...betapa aku bangga menjadi diri aku..aku ade lepak an sorang major tentera ni..beliau tnya aku ni kelabchedet ka..aku kata bukan la..tp aku cita la yg sume org taw aku sgt bangga kan tun m..dan dia on ckp

'kita nak wat apa2 kne pikiaq positive..insyallah mesti dapat..kita target kita dpt kita pikiaq kita dpt..maybe sbb lily ikhlas nak jumpa tun..sekali dapat jumpa,Allah bg jumpa yg special..boleh sembang2 mcm dah kenai lama dgn tun m n tun h..'

macam mana aku boleh pimpin tun h..terima kasih kat ahli kelabchedet terutama afiq n adam...sepanjang dgn tun byk soalan yg keluar...seronok kot dgr..mcm2 ada..sama la jugak sepanjang aku dok pegang tgn pimpin tun h..byk yg kami borak smpai org egt aku ni cucu dia..pon boleh laaa...

Soalan : "Tun kan bersara,tun boleh memilih untuk berehat tp kenapa tun still lagi bekerja malah seolah2 seperti tiada hari esok untuk tun...boleh tun bgtaw kenapa??"-lily

Jawapan : "Kita ni sebagai manusia kita kne anggap kita tiada hari esok..bila2 masa ja Allah boleh amek nyawa kita, tak kira tua atau muda..orang muda pon ramai da meninggal. jadi sy sentiasa menganggap bahawa sememangnya xkan ada hari esok untuk sy dan terlalu b anyak yg sy nak buat..dan masih banyak yang tidak tercapai...sy xsempat nak buat masa sy jd pm dulu sbb sy sedar sy pon da lama memerintah..dan sy akan rehat bila sampai waktunya..."

Soalan : "Kenapa tun xsuka match baju dgn tun h?"-afiq

Jawapan : "Buat pa nak pakai bju match2 da macam pengantin ja..pengantin xpa la..kita ni xpayah laa kan..tua dah..sat g org xtgk pengantin, orang dok tgk kita..malu ja.kadang2 tu xpa la nak pkai match2.." 

Soalan : "Saya tengok dekat library Tun di rumah Tun banyak buku mengenai Islam termasuk tasfir Al-Quran dan Al Quran ada kat meja Tun belajar, lepas tu bersusun buku dalam bilik tu adakah Tun baca semuanya?" -kelabchedet

Jawapan : "Mana ada, semua tu perhiasan je, saje nak suruh orang tengok saya ni banyak membaca ... Hehehe (ayat menyindir tu... faham dah.. adehh) Baca Quran walaupun menghafal tapi tak tau 
maknanya tak boleh jugak. Saya baca Quran sekali dengan terjemahannya. Saya akan baca beberapa terjemahan sebab tak boleh percaya kepada satu pemahaman saja, jadi biasanya terjemahan dalam Bahasa Melayu mahupun English... Tafsiran pun begitu, kalau sama , maka betul lah maksudnya... kalau ada percanggahan saya akan tanya orang yang lebih mahir"


Soalan : Tun, kenapa tak ada Jalan dinamakan atas nama Tun?-kelabchedet

Jawapan : Sebelum Masa saya jadi Menteri dulu, semua menteri dan timbalan di depan kereta ada bendera parti dengan bendera Malaysia, lepas tu dekat no plat ada tulis jawatan dia. Lepas tu bila saya jadi menteri saya buang semua benda tu. Saya arahkan apa-apa nama sekolah, jalan atau banggunan DILARANG letak nama-nama menteri atau timbalan menteri yang masih hidup termasuk diri saya.

Soalan : Ramai orang tahu Tun tak makan ikan? Kenapa? -abg zul

Jawapan Tun : Dulu masa kecik-kecik orang tua selalu cakap, "Jangan makan ikan sebab nanti keluar cacing" .... Padahal dia nak makan ikan tu dia cakap kat budak-budak macam tu, (sambil ketawa)... Bila dah besar, nak cuba makan ikan memang dah tak boleh lah sebab dah terbiasa. Cuma saya pergi Jepun, ada jual shushi ikan tu, saya makan sebab dia tak hanyir. Orang kata kalau makan ikan bijak . Saya tak makan ikan, sebab tu saya tak berapa bijak...

Soalan : "semua orang tahu, Tun suka membaca malah Tun ada bilik bacaan di rumah. Macam mana Tun boleh baca, Tun ingat dan olah balik dalam ucapan Tun" -kelabchedet

Jawapan : "Ada orang kata Tun sy baca buku sebuah sehari. Itu tak betul. Saya memang baca cepat dari orang biasa.Saya tak boleh duduk termenung. Tu bukan saya. Buku mesti ada kat tangan saya. Saya cuba hafal, kalau selalu membaca insyaAllah.

Soalan : "Gigi Tun tu gigi palsu ke gigi betul, gigi Tun sangat cantik" -cikgu man

Tun jawab "Gigi asal saya. 87 tahun dah.(sambil ketuk2 gigi) Ada satu je gigi yang saya cabut dan implan balik tu pun gigi belakang. Cara jaga gigi ni senang ja, gosok gigi pagi, pas makan jangan bagi ada benda melekat kat celah gigi, pakai floss.

Soalan : "Macam mana kalau Tun berdua nak memujuk satu sama lain kalau merajuk?" -adam

Jawapan Tun Siti "Mudah ja, kita sbg isteri, toksah la merajuk lama2, kalau salah kita mintak maaf ja la.."


Jawapan Tun M ; "Kalau duk kat meja makan tu, saya akan bilang 1,2,3.. Pastu dia sambung 4,5,6... Pastu kami gelak sama2. Dah berbaik.. Heheeheh


"Macam mana saya tak merajuk, kalau masa nak tidur pun still baca buku" 

"Sekarang kalau tak baca buku dia baca e-book, sama jugak(sambil ketawa)"

kata Tun Dr Siti Hasmah mengenai suaminya Tun Dr Mahathir. 


sumber: Saya Sayang Tun Dr. Mahathir 

dan tahu kah korang..setiap yg bertanya..tun akan memandang tepat ke arah mata sang penanya..aku tnye soalan kat tun m..aku lak teketar2 fes2 je la..da lama2 oke dahh..tapi dalam keadaan sebegini aku xtaw kenapa ada yg bertanya mengenai issue berbaur politik..wh please tun m da pegang2 telinga..menandakan tun m xsuka dgn soalan tu..tp tun m tetap menjawab dgn tenang dan jelas....

aku dr kecik dulu diajar untuk sayang dan hormat mereka yang lebih tua dan dan selalu dgr cerita yg mengkagumkan dr mamapapa dan cikgu2 aku tntang prdana menteri kita time tu iaitu Dr. Mahathir..sikit2 kalau orang tanya aku nak jadi ape..aku ckp nak jd mcm dr. m..tun m menjadi idola aku dari aku kecik sampai la aku besar..aku penah mendeklamasikan sajak melayu mudah lupa pada minggu kemerdekaan di sekolah aku dulu..percaya atau tidak masa perhimpunan umno tun m meletak jawatan hati aku tetibe sebak dan air mata jatuh..padahal time tu aku baru form2..percaya atau tidak..tanyalah mereka yang nampak..time tu aku blur..dah xde sape yang aku nak kagum kan..btw sampai sekarang tun tetap menjadi idola aku..

dan nampak x kepuasan aku..aku puas diberi peluang sebegini..alhamdulillah..mmg ni la niat aku..aku xnak jumpe org lain..melainkan tun m..always think positive oke..next niat ku nak ke tanah haram..permudahkan ya allah..


No comments:

Post a Comment