Showing posts with label he. Show all posts
Showing posts with label he. Show all posts

Monday, November 11, 2013

Second Checklist!


 Checklist!
☑ Catering, Dewan & All Deco

  • Pelamin
  • Meja Makan Beradap
  • Red Carpet
  • Flower Stand
  • All Decoration
  • Makan!

☑ Make Up
☑ Krusus Kawen
Cincin Nikah
☑ Photographer
☑ Videographer
☑ Baju Sanding
Theme Color

  • family
  • bridesmaid
  • me n bakal suami

☐ Baju Nikah
☐ Bridesmaid dress
☐ Kad Kahwin
☐ Doorgift
Gubahan Hantaran



 ___________________________________o88888o
 _________________________88o_____o88888888
 _______________________o888o___o8888888888
 _______o888ooo________o8888o_888888888888
 __ooo8888888888888___88888888888888888888
 ___*88888888888888o_88888888888888888888
 ___o8888888888888__88888888888888888888
 __o8888888888888__88888888888888888888
 ___88888888888*__888888888888888888*
 ______*88888*___888888888888888*
 _______888888__88888888888888*
 ______o88888888888888888888*
 ____o888888888888888888888888888888888888888oo
 ___8888888888888888888888888888888888888888888o
 _o8888888888888888888888888888888888888888888*
 888888888888888888888888888888888888888888**
 *8888888888888888888888888888888**
 _*88888888888*_88888
 __8888888888*___*8888
 __8888888888_____88888o
 __*888888888o_____88888o
 ___88888888888_____*8888o
 ___*888888888888o___*8888o
 ____*8888888888888o___*888o
 _____*88888888888888____8888
 _______8888888888888o____*888
 ________888888888888______*888o
 _________8888888888*_______*8888
 _________*8888888888oo______*888
 __________*8888888888888o
 ___________*88888888888888o
 ____________*888888888888888o
 ______________88888888___8888o
 _______________8888888_o88888
 _______________*8888888888*
 _________________8888888*
 __________________88888888888o
 ___________________88888888__*o
 ____________________8888888o
 _____________________8888888
 ______________________8888888
 ______________________*8888888
 ______________________888888888oo
 ______________________888__888888o
 _____________________o88___88888
 _____________________*_____8888
 __________________________o88

Saturday, September 7, 2013

give me

give me a pen
i need to sketch a few things
the things happen to me
the things that just happen
and happen surround me

give me a time
for me to get relaxing massage
for me to releasing my pressure
for me to breathing smoothly
 

Monday, August 5, 2013

mendung

punya jiwa yang tak terbaca oleh mereka2
punya hati yang tak terhidu oleh siapa2
tabah aku kerana aku
sakit aku kerana mereka
ku capai bunga ku tanam dihati
ku capai pelangi ke semat dijiwa
mendung datang tertutup matahari
namun ku tahu ianya seketika
andai begini nasib ku terima
aku terima seada-adanya
aku punya hati
aku punya jiwa
redha bukan mengalah
tapi
ianya pasrah dan berserah
diam aku kerana dia
selagi ku mampu
tuhan
sematkan lah senyum ku
untuk dia



Monday, April 8, 2013

Cerita ku

Assalamualaikum 
Salam Sejahtera keatas semua..
Macam biasa akan ku tanya tentang diri anda..
Apa khabar anda disana??
Masih bersedih atau normal seperti sedia kala?
Sekali sekala bertindaklah ditahap paras bahaya..
Maksud ku bertindak secara luar biasa.
lakukan sesuatu yang mencabar minda.
Untuk kita tahu dimanakah sebenarnya diri kita..
Perkara ini ku mahu kongsikan bersama..
Sementara aku masih lagi ada.

Aku..
Orang tgk utk jadi diri aku bukan bende senang..aku ni x macam orang lain..aku ada perangai aku..aku ada baran aku..aku yang ada manja aku..aku yang ada mengada aku..aku yang ada bangang aku...aku yang blur gila..aku yang ada aku nye keras kepala..aku yang xpernah kesah apa orang nak kata..
Janji aku BAHAGIA.
Tapi sebenarnya, jadi diri aku ni xsusah..sebab nya aku hanyalah menjadi diri aku.yang aku created ni bukan benda baru..bende sejak azali dr kecik dah memang termaktub aku macam ni...
Jangan ditanya kenapa itu ini.
Jangan disuruh buat itu ini.
Aku tahu apa aku buat dan aku xsuka orang melarang.
Maklum?

Dia..
Aku tabik spring kat dia..bukan senang nak jaga aku..bukan senang nak terima semua tentang aku..walaupon yg dia nampak xsemua lagi tapi aku tahu.....aku tahu yang dia boleh terima aku seadanya..dia tahu apa yang aku ada..dia nampak apa yang aku xsuka..dia ada masa aku berduka..
Part ni aku suka..bila mana dia xkesah aku pakai apa..
Bila mana aku selekeh macam celaka..
Bila mana seluar batik menjadi pilihan adinda..
Bila mana kasut kungfu ku sarung tanpa fikirkan apa-apa..
Tapi apa yang selalu terpacul dari mulut dia..the simple words but have a thousand meanings babe..
Awak buat saya BAHAGIA.

Aku mmg xpernah hairan bila ada yang mengata..sepalit air taik terpercik pon aku tak heran..mulut manusia standard Malaysia la..nak2 melayu kita..sapa suka tgk orang bahagia..erra fazira kawen pon dorg boleh ckp-aku berani bet la xlama tuh..-macam tu la gampang nya mereka..So!abaikan je la cite dia..

Tarik aku bila aku tergelincir.
At least tarik, lepas tu aku leh jalan sendiri even lembab.
Tempik pada aku bila kau nampak,
Aku terhuyung hayang sambil berbogel menuju dan menyembah selain dari-Nya.
Supaya aku sedar bahawa aku ini hanya hamba.

Tp egt..

Dunia aku.
Hidup aku.
Cerita aku.


Monday, March 25, 2013

pantun


assalamualaikum pembuka bicara
hidup ni penuh suke duke
ini love poem dari otak saya
apa lagi kita layankan aje

jalan2 pusing merata semata2 cari akuarium yang buat saya bahagia bila nampak awak tersenyum

bahaya sungguh ular berbisa bila tergigit akan koma bahagia sungguh saya rasa bila kita slalu sesama

ada golok sudah tumpul masih diasah tetap tumpul u make my days more beautiful and my nights more wonderful

pen merah pen biru u marah i love u pen biru habis dakwat i miss u sgt2 pen hitam buat ganti u sorang dalam hati

dua tiga kucing belari 
mana nak sama dengan kanggaro
when u count one until three
i will tell u that i love u

yang jawa tu pyan
yang lawa tu lily
aku da start segan2
sejak berbunge dihati

pisang berangan makan xkenyang
jangan marah eh sayang!!


Sunday, March 3, 2013

it's all about books!

Assalamualaikum dan Hi babe!!
Apa khabar semua??
Acane voucher buku???
Dah habis gune??
Ape??
Xambik lagi??
Biar betol!?
G la amek cepat...Best taw..hahahaha
Hahaha oke mcm biasa pasal voucher2 ni mmg i suke gado..baru ni i gado an mgt smpai keluar2 air mata okey!sakit hati nye pasal..Dah nak wat cam mana kan,orang lain kali ape2 cakap..Jangan la buat diam senyap macam tunggul kayu.toek betoi!
Semalam i g bagi career talk kat city campus so after that i g office and alang2 dorg bg la voucher buku yg i dok bising n i hadap sangat tu..ye la mahu xhadap..voucher buku kot.RM250 lak tu bai..rugi tahu xserang hendap..bende tu wajib!!banyak buku kan nak beli..
Nak dijadikan cerita semalam sebenarnye i dah g Kinokuniya KLCC tu taw..i amek 3 buku..iaitu "Stolen Girl", "Orang Hodoh Cantik" & "I married You For Happiness"..disebabkan i g berteman n i nye gf nak cepat so i xpergi verify voucher tu...mak aih i g la tgk..fulamak abaq ang bukan men panjang queue die haaaa..mmg tak la...i pon dgn dukacitanya blah dr tempat kejadian dan memikirkan 
nanti tggu hari kerja la g
hurm g an bonzer hati la cmni
tapi kne tggu dia cuti laaa..
tapi kene hari bekerja...
dan dan dan dan i sgt bernasib baik hari ni bonzer hati balik awal!!!dan dia ajak i g klcc..yeayyy!!wa xheran la takat tgk wayang tu..xde kuasa power ranggers da nak tgk wayang...sekarang ni masa utk membeli belah buku!!!weh dulu time belajar i berkorban tau beli buku study..nak nanges rse pakai voucher buku..siot jeee..now is time to lepas geram..ngeh3...
Mengikut kemana saja setiap masa tahu...tgh aku mencari..tetibe i jumpe dua buku je dr 3 yg semalam tu!!yea aa first i jumpe "I married You For Happiness" n xpe la buku tu byk stock lagi...jalan g kat malay novel!!laju2 i jalan ooo m geeee "Orang Hodoh Cantik" ngam2 ada satu eh..tu pon buku tu jatuh...owh alhamdulillah rezeki i!!!dan yang i nak nangis i g part "Stolen Girl" xde!!dah habis ke??i jadi mcm frust gila...nak nanges segala la kan..then xpe la..i cari buku lain dulu...i jumpe "i ♥ bad boys" dah settle 3buku i pon g balik cr buku "Stolen Girl"..beb i belek satu2 eh dan akhirnye..yeah akhirnye buku tu ade dicelah buku lain!!!waaaaa seronok nye!!teros amek then i kire harga yeah tambah buku Tun yg mmg da lama i nak beli..dan last skali buku SMAB..yeah!!puas ati i...senyum lebar memanjang je haaaa..


Yang jadi mangsa kene folow i sambil bawak buku kehulu kehilir mcm biasa la...bonzer hati!!hiks3..thnx awak..melayan kerenah saya yang seribu macam ni...awak sabar je kan...2jam awak dlm bookstore bukan nye 20minit..senyum je..follow je ye tak..hihihihi thnx dear!!
dia la yang egtkan i buku apa yang i nak cari..sabar je dye follow i pusing sana sini...yang i ni mmg ghairah nampak buku mmg bukan pk bende lain dah la..dah la ari ni heaven kinokuniya free..orang sikit je!!hahahaha seronokkk!
Apa yang lagi seronok i dapat freegift iaitu organizer dan voucher buku dari knokuniya sebanyak rm20!!!yeay!!!dapat lagi!!!seronokk!
guys!!pergi la borong cepat!!mohon jgn beli buku sama dgn i oke!

xoxo
lily

Tuesday, February 26, 2013

baran

menangis tetibe
rasa macam gampang
termenung lelama
rasa macam bangang

hidup
semalam
hari ni
esok
xpernah sama
sedangkan
5minit sebelum dan
5minit kemudian pon xsama
apatah lagi
hari esok..

bingai
bingai
bingai
aku xtahu
apa masalah aku

hari ni
tahap sabar aku
xmacam biasa
darah dah
mendidih sampai
ke kepala..

tahap baran aku
dah datang xsemena mena

kau ckp sekali
aku dengar
xpayah ulang ulang

aku cakap sekali
mohon dengar
sebab aku xkan ulang

by
aku

Sunday, February 10, 2013

tinggi rendah hantaran

Assalamualaikum semua..hello!!hi..so how was ur day??wink2***..
Ok lets start our topic today..tet tet tet

Makin tinggi hantaran perkahwinan makin rendah maruah wanita, makin rendah hantaran perkahwinan makin tinggi maruah wanita itu...
Pada korang la kan..betulkah apa yang diperkatakan kat atas ni??bukan aku kata..ni ade la seseorang dikalangan orang2 yg hebat,terkenal dan yang tentu lagi banyak pengalaman dr i...xkesah lah ape pendapat korang tapi pada pendapat aku apa yg beliau perkatakan tu serius aku xetuju..sangat2 xsetuju..kenapa aku xsetuj?bukan aku nak menolak apa yg diperkatakan dalam agama bahawasanya seelok2 perkahwinan adalah yang murah belanjanya.
Iye mmg..habis kalau pihak lelaki sendiri yang memberi dan mereka mampu untuk memberi hantaran yang tinggi maka pada aku xsalah pon...mmg dalam agama pon ada ckp..IKUT kemampuan lelaki..so masa merisik meminang tu..bawak2 la berbincang..ea dak?kalau pihak lelaki kata "kami mampu beri hantaran anak makcik sebanyak 50k serba satu"..dah xkan nak tolak..terima je lah kan...lepas kawen kang terpulanglah pada si isteri nak wat apa dgn duit tu..tp selalunye mesti isteri belanja suami dia jugak kan..mana taw duit tu dorg wat g umrah ke...haaa nak kata apa??so tinggi rendah maruah seseorang tu bukan terletak pada nilai hantaran..come on..kita bukan hidup zaman tok kaduk tahu..~maaf kalau terkasar bahasa.
And lagi satu, pada pendapat i la kan..kenapa mak yang paling semangat letak hantaran n nilai hantaran...sebabnya mak ni tahu tau apa yang bakal jadi pada anak mak kalau mak men terima je orang bg hantaran 1k.kate lah pihak lelaki bg hantaran 1k je, then lepas kawen laki wat endah xendah je dgn anak mak,xjaga hati anak mak,sepak terajang anak mak.sbb anak mak 1k je..lain la kalau anak mak 25k..mmg la suami jaga elok gila..sbb 25k beb..menabung sanggup ikat perut sbb sayang nye pasal..agak2 sanggup ke dia terajang caci maki anak mak??sbb susah nak dapat la dia tantang bagai minyak yang penuh..
Lain lah kalau si lelaki tu pandai jaga hati isteri, betul2 tantang isteri bagai minyak yang penuh,100% kasih syg hanya utk isteri.solat 5 waktu, jadi imam isteri tiap masa, ajar isteri mengaji..kalau ada laki macam tu lagi sekarang ni..kawen free an anak mak pon mak bagi..sbb dah tentu dijamin ke syurga.

Tak gitu??
Maaf ye ini hanya pendapat.

Wednesday, January 16, 2013

Arjuna beta


Assalamualaikum.hello dear..hi semua
ececehhh ari 16 January 2013 hari rabu bersamaan 5 RabiulAwal 1434hj yeah ku bertemu siapakah arjuna ku..boifren baru ni..heee excited nak cerite tapi xtaw nak start kat mana..
oke korang agak2 la kan..korang agak la sape tu abg juna kite??
kalau korg terre sgt teka la...
Arjuna Beta adalah
sgt paling hensem dialam semesta
bau wangi semerbak dunia
paling cool tidak terkata
buat ku jatuh cinta xkira masa..

adakah dia model terulung ini??? 
ahahaha kau egt kau ensem pegang buku gaya gitu??
hee~kepada yang gigih cari model xjumpe2 leh contact beliau.
click nama yang kale pepel ni.
xmungkin..dan bukan dia
atau penyanyi reggae yang paling comel dialam semesta ini
Muhammad Fairuz aka bob
owh man comel nya awak..
kalau halal ni ari2 kne kiss tahu??
hee~kepada yang nak cr org wat show masa kawen korg leh contact beliau.
just click his name above.
lagi la xmungkin T_T mimpi taw
atau photographer Director Kampung  yang sgt sweet ini?
selalu wat ayat2 sweet depan orang taw..
malu la kite..
rase nak hempuk je awak pkai lens yg awak pgg tu..
hee~ sesapa nak book beliau utk jd tukang amek gambar leh click nama beliau kat atas ni.
lagi la xmungkin kan.
dan i rase da pnat nak teka teki...inilah dia arjuna beta..
T
O
M
C
R
U
I
S
E
hehehehe tipu je..xkan lah..
oke3..dah3.penat la kite nak main teka2 ni..
bukan mal
bukan bob
bukan dk
bukan tom
bukan semua
kerana hanya satu arjuna beta
oke i nak show off kat korang2 sume bf baru i
setelah setahun single cam orang gila
yang i panggil abang juna
yang sayang i gila2..
membebel kalah mak jemah bila i xpakai seat belt
ini lah dia
ARJUNA BETA~

arjuna beta
p/s: kepada mereka2 yang terjebak jadi model,jgn marah aaa..t kena jual
sorry jugak buat kak fynn jamal.kite amek nama juna..kite suke nama juna..
kak fynn xmarah kan.. :)

Sunday, December 2, 2012

ini hati

jangan singgah kalau xnak
ini bukan downtown
ini hati

jangan petik kalau xnak
ini bukan bunga
ini hati

jangan datang kalau xnak
ini bukan TGV or GSC
ini hati

jangan janji kalau xnak
ini bukan politik
ini hati

jangan cari kalau xnak
ini bukan apa-apa
ini hati

sudah la
senang cerita x payah
susah-susah
kau angkat kaki
kau blah

aku dengan hidup aku
kau dengan hidup kau

kau cari aku
untuk kau lap kaki
walaupun kau tau
aku bukan pengelap kaki

dari aku
lilyfadhilah

Thursday, November 29, 2012

aku punya manja kau saja boleh rasa



Untuk kali ke seratus lima puluh juta
Mereka tanyakan engkau soalan yang sama
“Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?”

“Apa kau buta apa kau pura-pura suka”
 

Di seratus lima puluh juta kali itu
Di depan semua engkau tarik tangan aku 


Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu
Sambil ketawa engkau bilang satu per satu
“Dia mungkin bengis seperti singa”
“Tapi dia nangis tonton cerita Korea”
“Dia mungkin keras bila bersuara”
“Tapi dia jelas jujur apa adanya”
“Aku lagi kenal dia”
Eh dah lebih seratus lima puluh juta kali
Aku pesan padamu apa yang bakal jadi
Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi


Engkau sangat manis aku ini pula dawai besi
Di setiap seratus lima puluh jutanya
Aku pun dalam hati semacam tak percaya
Apa kau lihat pada aku jujurkan saja
Terus kau cubit dagu aku sambil berkata
“Sayang mungkin baran tak kira masa”
“Tapi sayang tahan kalau yang salah saya”
“Sayang mungkin saja keras kepala”
“Tapi sayang manja bila kita berdua”
“Saya kenal sayang saya”



Buat apa di cerita
Bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya
Peduli orang kata
Baju ronyok tak apa
Asal pakai selesa
Berkilau tak bermakna
Kalau hati tak ada
Aku lebih bengis dari sang naga
Tapi bisa nangis semata demi cinta


Suaraku keras tak berbahasa
Kerna aku rimas gedik mengada-ngada
Aku mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan angin cemburu buta



Dan aku sengaja tunjuk keras kepala
Aku punya manja kau saja boleh rasa



Rahsia kita berdua



150 juta by Fynn Jamal

Wednesday, November 21, 2012

Its all about tun 2



TAHUKAH ANDA??

1. Dia lah yang menggerakkan negara islam yang lain untuk membantu Bosnia & Herzogovinia ketika umat islam disana disembelih oleh pengganas Serbia.

2. Dia juga lah yg menghantar ratusan komando Malaysia yang dibawa masuk secara sulit ke Bosnia untuk membantu saudara seIslam ketika era pencerobohan dan pembunuhan beramai-ramai umat Islam di Bosnia ketika itu. “Kalau negara Arab ini tidak datang membantu, kita hantar sahaja askar kita,” - Tun Mahathir.

3) Dia juga lah berpakat dengan kerajaan Sultan Brunei menyediakan jumlah dana yang berjuta dollar untuk membeli senjata dan peluru anti kereta kebal untuk tentera Islam Bosnia.

4) Dia lah yang pernah menangis ketika melawat Bunker yang menjadi pejabat Yasser Arafat di Palestine.

5) Dia juga lah pemimpin islam yg Yasser Arafat hubungi meminta bantuan dan pertolongan ketika diserang oleh rejim zionis.

6) Dia juga lah yg mempertaruhkan nyawa isterinya,Tun Dr Siti Hasmah menaiki pesawat ke Baghdad membawa bantuan kemanusiaan kepada umat islam demi untuk melepaskn sekatan Amerika Syarikat.

7) Dia lah yang digelar MahaFiraun dan dia jugalah yang lantang mengutuk kekejaman Yakjuj Makjuj / Zionis ke atas umat islam serta mempertahankan islam dimata dunia.

8) Dia lah yang berusaha keras, tak hanya duduk berdoa tanpa berbuat apa2.

9) Dia lah yang ketika saudara islam yang berlainan parti mendoakan kecelakaan untuknya. Tapi dia diizin oleh Allah SWT masuk ke dalam KAABAH.

10) Dia jugalah pernah ditembak dan mengorbankan jawatan tertinggi yang beliau ada bagi menyelamatkan umat Islam di Bosnia.

Malah beliau kini dianggap sebagai seorang pemimpin dunia yang berjaya meskipun memimpin sebuah negara yang kecil. Beliau bukan hanya berjaya Memerdekakan negaranya dari semua segi, tetapi berusaha memerdekakan negara-negara lain dari belenggu falsafah pembangunan yang dijana dari barat yang jelas muflis idealistiknya..

Siapa dia? Ya.. dialah..

TUN DR MAHATHIR BIN MOHAMAD, Bekas PERDANA MENTERI MALAYSIA dan manusia yang dihormati UMAT ISLAM dan PEMIMPIN ISLAM seluruh dunia. Thanks Tun!

Tadi...21 Nov 2012 jam 10:30 pagi aku masuk ke hall Tun Dr. Ismail PWTC..after registered my name aku masuk melangkah dengan confident level yang tinggi tahap hapus kepala la..owh ye..aku menghadiri satu conference mengenai "KUALA LUMPUR WAR CRIMES COMMISSION HEARING ON PALESTINE." dan yes aku dpt tempat vip..sedang asyik dan kyusuk aku dgr penerangan dr sorg doctor dr palestine..tetibe terpandang sebelah kanan ku..owh tidak ku perasan..that was ayahanda Tun M dan bonda Tun H jugak kyusu' dgr jugak..alahai..rindu nye rase nak g cium2 je dorg..sekali ade lak abg mukhriz i kat seblah tu...heee hugs!!!

Nampak x event yang mcm tu pon Tun ada..apatah lagi la yg gah2..xperlu karpet merah pon..beliau akan duduk mendengar dgn teliti..


Wednesday, November 14, 2012

it's all about tun

boleh x kalau aku nak bercerita pasal pengalaman aku dgn  ayahanda Tun Dr. Mahathir Mohamad (tun m) dan bonda Tun Dr. Siti Hasmah Ali (tun h)..sememangnya aku sgt berterimakasih dgn afiq sbb tetibe teringat kat aku dan menjemput aku join program kembara bersama tun m...pada mula nya afiq tnya-

'lily..nak jumpa n lepak an tun x?'
'eh kau ni tnya aku mcm xknal aku..idol aku tu'
'so nak x?'
'mesti la nak afiq oi...'
'oke..done kau leh lepak an tun ahad ni..'
'what??aku mimpi ke???'
'eh x.x...ahad ni oke..tp kne grak lusa..khamis ni'
'erk??kat mana?'
'langkawi..'
'urm afiq..jumaat aku kne handle interview..sabtu dean's list award..'
'so nak x??'
'demi tun...'


beb demi tun..maw nye tidak..dr kecik aku menunggu untuk berjumpa an tun m dekat2..lepak2 duk an tun m..yang aku leh kata..aku mcm bermimpi..dulu start aku masuk unikl..ape2 talk pasal tun m aku akan g..dalam hati aku tersemat satu je..aku nk jumpe an tun m..aku nak salam,ucaptime kasih n ckp aku sayang dia..dr kecik kot..kecik2 dulu aku egt lagi tahun 1995...tun m and tun h datang taman guar perahu penang..dorg main batminton kat padang...ramai sgt org..time tu papa dukung aku...aku ckp an papa-

'papa...nak g dekat dr mahathir...'
'ramai orang la...ni nampak kan'
'nak g dekat2..'
'nanti da besar kaklong g jumpe dr mahathir dekat2...'

dan dengan sebaknye aku cerita dkat tun h...tun h very nice person..tun h ckp..all the best..thnks sbb pimpin sy..sepanjang aku dgn tun m n tun h..mata aku xlepas2 memandang tun m n tun h...aku sgt kagum dgn mereka...i love both of them...masa aku becakap dgn tun m..aku rse mcm nak pengsan..bila mana aku tnye soalan.tun m menjawab dgn memandang tepat dlm anak mata aku...ya allah tuhan je la yang tahu..itu da satu hal..masa mula2 jumpa tgn aku menggeletar dalam bilik vip..aku hulur tangan salam dgn tun n aku hulur organizer aku-

"tun, mintak sign..sy xdak buku tun..sy ada organizer ja..."
(sambil bg pen aku)
"tak pa laa..student...nak sign tang mana ni??'

'sini tun..'

'hari ni 11/11/2012..dah..'

'terima kasih tun... :))) i love u..'

aku pon g balik sebelah tun h dan aku mintak tun h sign bwh sign tun m...aku bg pen kat tun h..aku ckp

'sorry tun pen murah..'
'eh xpa la..buleh wat tulis jugak...'

dan yeah final exam kali ni aku akan pakai pen yg sama dgn tun m n tun h guna untuk sign kat organizer aku...betapa aku bangga menjadi diri aku..aku ade lepak an sorang major tentera ni..beliau tnya aku ni kelabchedet ka..aku kata bukan la..tp aku cita la yg sume org taw aku sgt bangga kan tun m..dan dia on ckp

'kita nak wat apa2 kne pikiaq positive..insyallah mesti dapat..kita target kita dpt kita pikiaq kita dpt..maybe sbb lily ikhlas nak jumpa tun..sekali dapat jumpa,Allah bg jumpa yg special..boleh sembang2 mcm dah kenai lama dgn tun m n tun h..'

macam mana aku boleh pimpin tun h..terima kasih kat ahli kelabchedet terutama afiq n adam...sepanjang dgn tun byk soalan yg keluar...seronok kot dgr..mcm2 ada..sama la jugak sepanjang aku dok pegang tgn pimpin tun h..byk yg kami borak smpai org egt aku ni cucu dia..pon boleh laaa...

Soalan : "Tun kan bersara,tun boleh memilih untuk berehat tp kenapa tun still lagi bekerja malah seolah2 seperti tiada hari esok untuk tun...boleh tun bgtaw kenapa??"-lily

Jawapan : "Kita ni sebagai manusia kita kne anggap kita tiada hari esok..bila2 masa ja Allah boleh amek nyawa kita, tak kira tua atau muda..orang muda pon ramai da meninggal. jadi sy sentiasa menganggap bahawa sememangnya xkan ada hari esok untuk sy dan terlalu b anyak yg sy nak buat..dan masih banyak yang tidak tercapai...sy xsempat nak buat masa sy jd pm dulu sbb sy sedar sy pon da lama memerintah..dan sy akan rehat bila sampai waktunya..."

Soalan : "Kenapa tun xsuka match baju dgn tun h?"-afiq

Jawapan : "Buat pa nak pakai bju match2 da macam pengantin ja..pengantin xpa la..kita ni xpayah laa kan..tua dah..sat g org xtgk pengantin, orang dok tgk kita..malu ja.kadang2 tu xpa la nak pkai match2.." 

Soalan : "Saya tengok dekat library Tun di rumah Tun banyak buku mengenai Islam termasuk tasfir Al-Quran dan Al Quran ada kat meja Tun belajar, lepas tu bersusun buku dalam bilik tu adakah Tun baca semuanya?" -kelabchedet

Jawapan : "Mana ada, semua tu perhiasan je, saje nak suruh orang tengok saya ni banyak membaca ... Hehehe (ayat menyindir tu... faham dah.. adehh) Baca Quran walaupun menghafal tapi tak tau 
maknanya tak boleh jugak. Saya baca Quran sekali dengan terjemahannya. Saya akan baca beberapa terjemahan sebab tak boleh percaya kepada satu pemahaman saja, jadi biasanya terjemahan dalam Bahasa Melayu mahupun English... Tafsiran pun begitu, kalau sama , maka betul lah maksudnya... kalau ada percanggahan saya akan tanya orang yang lebih mahir"


Soalan : Tun, kenapa tak ada Jalan dinamakan atas nama Tun?-kelabchedet

Jawapan : Sebelum Masa saya jadi Menteri dulu, semua menteri dan timbalan di depan kereta ada bendera parti dengan bendera Malaysia, lepas tu dekat no plat ada tulis jawatan dia. Lepas tu bila saya jadi menteri saya buang semua benda tu. Saya arahkan apa-apa nama sekolah, jalan atau banggunan DILARANG letak nama-nama menteri atau timbalan menteri yang masih hidup termasuk diri saya.

Soalan : Ramai orang tahu Tun tak makan ikan? Kenapa? -abg zul

Jawapan Tun : Dulu masa kecik-kecik orang tua selalu cakap, "Jangan makan ikan sebab nanti keluar cacing" .... Padahal dia nak makan ikan tu dia cakap kat budak-budak macam tu, (sambil ketawa)... Bila dah besar, nak cuba makan ikan memang dah tak boleh lah sebab dah terbiasa. Cuma saya pergi Jepun, ada jual shushi ikan tu, saya makan sebab dia tak hanyir. Orang kata kalau makan ikan bijak . Saya tak makan ikan, sebab tu saya tak berapa bijak...

Soalan : "semua orang tahu, Tun suka membaca malah Tun ada bilik bacaan di rumah. Macam mana Tun boleh baca, Tun ingat dan olah balik dalam ucapan Tun" -kelabchedet

Jawapan : "Ada orang kata Tun sy baca buku sebuah sehari. Itu tak betul. Saya memang baca cepat dari orang biasa.Saya tak boleh duduk termenung. Tu bukan saya. Buku mesti ada kat tangan saya. Saya cuba hafal, kalau selalu membaca insyaAllah.

Soalan : "Gigi Tun tu gigi palsu ke gigi betul, gigi Tun sangat cantik" -cikgu man

Tun jawab "Gigi asal saya. 87 tahun dah.(sambil ketuk2 gigi) Ada satu je gigi yang saya cabut dan implan balik tu pun gigi belakang. Cara jaga gigi ni senang ja, gosok gigi pagi, pas makan jangan bagi ada benda melekat kat celah gigi, pakai floss.

Soalan : "Macam mana kalau Tun berdua nak memujuk satu sama lain kalau merajuk?" -adam

Jawapan Tun Siti "Mudah ja, kita sbg isteri, toksah la merajuk lama2, kalau salah kita mintak maaf ja la.."


Jawapan Tun M ; "Kalau duk kat meja makan tu, saya akan bilang 1,2,3.. Pastu dia sambung 4,5,6... Pastu kami gelak sama2. Dah berbaik.. Heheeheh


"Macam mana saya tak merajuk, kalau masa nak tidur pun still baca buku" 

"Sekarang kalau tak baca buku dia baca e-book, sama jugak(sambil ketawa)"

kata Tun Dr Siti Hasmah mengenai suaminya Tun Dr Mahathir. 


sumber: Saya Sayang Tun Dr. Mahathir 

dan tahu kah korang..setiap yg bertanya..tun akan memandang tepat ke arah mata sang penanya..aku tnye soalan kat tun m..aku lak teketar2 fes2 je la..da lama2 oke dahh..tapi dalam keadaan sebegini aku xtaw kenapa ada yg bertanya mengenai issue berbaur politik..wh please tun m da pegang2 telinga..menandakan tun m xsuka dgn soalan tu..tp tun m tetap menjawab dgn tenang dan jelas....

aku dr kecik dulu diajar untuk sayang dan hormat mereka yang lebih tua dan dan selalu dgr cerita yg mengkagumkan dr mamapapa dan cikgu2 aku tntang prdana menteri kita time tu iaitu Dr. Mahathir..sikit2 kalau orang tanya aku nak jadi ape..aku ckp nak jd mcm dr. m..tun m menjadi idola aku dari aku kecik sampai la aku besar..aku penah mendeklamasikan sajak melayu mudah lupa pada minggu kemerdekaan di sekolah aku dulu..percaya atau tidak masa perhimpunan umno tun m meletak jawatan hati aku tetibe sebak dan air mata jatuh..padahal time tu aku baru form2..percaya atau tidak..tanyalah mereka yang nampak..time tu aku blur..dah xde sape yang aku nak kagum kan..btw sampai sekarang tun tetap menjadi idola aku..

dan nampak x kepuasan aku..aku puas diberi peluang sebegini..alhamdulillah..mmg ni la niat aku..aku xnak jumpe org lain..melainkan tun m..always think positive oke..next niat ku nak ke tanah haram..permudahkan ya allah..


Tuesday, November 13, 2012

themines


thnx heart..spend time with me..grrr..memori daun pisang betol la ari ni...ahaa....nah karok sket


You could be my unintended
Choice to live my life extended
You could be the one I'll always love
You could be the one who listens to my deepest inquisitions
You could be the one I'll always love

I'll be there as soon as I can
But I'm busy mending broken pieces of the life I had before

First there was the one who challenged
All my dreams and all my balance
She could never be as good as you

You could be my unintended
Choice to live my life extended
You should be the one I'll always love

I'll be there as soon as I can
But I'm busy mending broken pieces of the life I had before

I'll be there as soon as I can
But I'm busy mending broken pieces of the life I had before

Before you

Wednesday, November 7, 2012

merajuk

'awak'
'ye'
'nape ni?'
'merajok an awak..'
'la nape??sy wat pe?'
'sbb awak da ade pakwe..hurm'
-tok kau aku da de pakwe.kalau ade aku xlayan kau- (cakap dalam hati)
'eyh mana ade laa..sape ckp?'
'ala msg syg awak smlm tu utk sape?'
'ahahaha..owh kan sy slh send..tp bukan utk bf or lelaki..sy send kat seller yg jual jacket..kawan sy..perempuan..nama masyi abdullah..'
'haa??munshi abdullah?'
'xkesah la..awk jeles eh?'
'.....'diam dan diam..
'awak oi..hahaha adeh..'
'heee..bg sy mkn jap..next time awak ckp la terang2..'
'ye next time awak ckp awak 2 merajuk nape..'
'yolah.'


dan..baby ckp aku ni lembab sbb xpujuk kelmarin..mana aku taw dye merajuk...sape suruh xcakap..paham2 je la aku ni cane kan...kalau sentap an aku..ckap terang2..jgn main teka teki..nak2 bende2 yang aku rase cm xlogik je nak merajok..btw kali ni aku nak gelak..sbb aku mmg suke beli barang on9 dan semua yg deal an aku perempuan dan akan ku pgl syg!


Friday, October 26, 2012

happiness

kne buli sampai muncung2 mulut..da naik longuh..da naik kombung pipi den..hahaha..ape ke comelnye perangai seorang player mcm kau..xkesah la..jnji aku happy gak..xde gak aku saket ati mcm saket putus cinta.hahaha


Saturday, September 29, 2012

love

I WANT A GUY. . . .who would move the hair away from my eyes and then kiss me. hold my hand in line at the mall and make all the girls jealous. someone who would think i was beautiful if i dressed so trashy it was classy. someone who would sing to me at random moments. who would let me sleep on his chest. who knows the right things to say and do at the right times.a boy who would beat the crap out of someone if they called me a bitch. i want someone who would call me 3 times a day if he went away. he would apologize for calling too much and no matter how many times i tell him its okay, he still does it and i dont get sick of it. and i already got it.. i think~~heeee

Thursday, September 13, 2012

angau

haa sudah...classmate aku perasan kot tahap keangauan aku neh..what the..jeng jeng jeng..begitulah ye penangan jodoh turun macam hujan..haaaa~♥



msh

Monday, September 3, 2012

heart throb !!

he is mine!♥ 

how creative u are!!!thanks for these sweet flower..♥ 
♥ p/s::actually on the local fruit fiesta 2008..i just do this kind of flower using tissues..and this is my first time i got flower from the guy -using these method also...-♥

nampak jambangan bunga tisu kat sebelah tu?♥