Showing posts with label garang. Show all posts
Showing posts with label garang. Show all posts

Monday, August 5, 2013

mendung

punya jiwa yang tak terbaca oleh mereka2
punya hati yang tak terhidu oleh siapa2
tabah aku kerana aku
sakit aku kerana mereka
ku capai bunga ku tanam dihati
ku capai pelangi ke semat dijiwa
mendung datang tertutup matahari
namun ku tahu ianya seketika
andai begini nasib ku terima
aku terima seada-adanya
aku punya hati
aku punya jiwa
redha bukan mengalah
tapi
ianya pasrah dan berserah
diam aku kerana dia
selagi ku mampu
tuhan
sematkan lah senyum ku
untuk dia



Monday, April 8, 2013

Cerita ku

Assalamualaikum 
Salam Sejahtera keatas semua..
Macam biasa akan ku tanya tentang diri anda..
Apa khabar anda disana??
Masih bersedih atau normal seperti sedia kala?
Sekali sekala bertindaklah ditahap paras bahaya..
Maksud ku bertindak secara luar biasa.
lakukan sesuatu yang mencabar minda.
Untuk kita tahu dimanakah sebenarnya diri kita..
Perkara ini ku mahu kongsikan bersama..
Sementara aku masih lagi ada.

Aku..
Orang tgk utk jadi diri aku bukan bende senang..aku ni x macam orang lain..aku ada perangai aku..aku ada baran aku..aku yang ada manja aku..aku yang ada mengada aku..aku yang ada bangang aku...aku yang blur gila..aku yang ada aku nye keras kepala..aku yang xpernah kesah apa orang nak kata..
Janji aku BAHAGIA.
Tapi sebenarnya, jadi diri aku ni xsusah..sebab nya aku hanyalah menjadi diri aku.yang aku created ni bukan benda baru..bende sejak azali dr kecik dah memang termaktub aku macam ni...
Jangan ditanya kenapa itu ini.
Jangan disuruh buat itu ini.
Aku tahu apa aku buat dan aku xsuka orang melarang.
Maklum?

Dia..
Aku tabik spring kat dia..bukan senang nak jaga aku..bukan senang nak terima semua tentang aku..walaupon yg dia nampak xsemua lagi tapi aku tahu.....aku tahu yang dia boleh terima aku seadanya..dia tahu apa yang aku ada..dia nampak apa yang aku xsuka..dia ada masa aku berduka..
Part ni aku suka..bila mana dia xkesah aku pakai apa..
Bila mana aku selekeh macam celaka..
Bila mana seluar batik menjadi pilihan adinda..
Bila mana kasut kungfu ku sarung tanpa fikirkan apa-apa..
Tapi apa yang selalu terpacul dari mulut dia..the simple words but have a thousand meanings babe..
Awak buat saya BAHAGIA.

Aku mmg xpernah hairan bila ada yang mengata..sepalit air taik terpercik pon aku tak heran..mulut manusia standard Malaysia la..nak2 melayu kita..sapa suka tgk orang bahagia..erra fazira kawen pon dorg boleh ckp-aku berani bet la xlama tuh..-macam tu la gampang nya mereka..So!abaikan je la cite dia..

Tarik aku bila aku tergelincir.
At least tarik, lepas tu aku leh jalan sendiri even lembab.
Tempik pada aku bila kau nampak,
Aku terhuyung hayang sambil berbogel menuju dan menyembah selain dari-Nya.
Supaya aku sedar bahawa aku ini hanya hamba.

Tp egt..

Dunia aku.
Hidup aku.
Cerita aku.


Tuesday, February 26, 2013

baran

menangis tetibe
rasa macam gampang
termenung lelama
rasa macam bangang

hidup
semalam
hari ni
esok
xpernah sama
sedangkan
5minit sebelum dan
5minit kemudian pon xsama
apatah lagi
hari esok..

bingai
bingai
bingai
aku xtahu
apa masalah aku

hari ni
tahap sabar aku
xmacam biasa
darah dah
mendidih sampai
ke kepala..

tahap baran aku
dah datang xsemena mena

kau ckp sekali
aku dengar
xpayah ulang ulang

aku cakap sekali
mohon dengar
sebab aku xkan ulang

by
aku

Thursday, November 29, 2012

aku punya manja kau saja boleh rasa



Untuk kali ke seratus lima puluh juta
Mereka tanyakan engkau soalan yang sama
“Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?”

“Apa kau buta apa kau pura-pura suka”
 

Di seratus lima puluh juta kali itu
Di depan semua engkau tarik tangan aku 


Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu
Sambil ketawa engkau bilang satu per satu
“Dia mungkin bengis seperti singa”
“Tapi dia nangis tonton cerita Korea”
“Dia mungkin keras bila bersuara”
“Tapi dia jelas jujur apa adanya”
“Aku lagi kenal dia”
Eh dah lebih seratus lima puluh juta kali
Aku pesan padamu apa yang bakal jadi
Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi


Engkau sangat manis aku ini pula dawai besi
Di setiap seratus lima puluh jutanya
Aku pun dalam hati semacam tak percaya
Apa kau lihat pada aku jujurkan saja
Terus kau cubit dagu aku sambil berkata
“Sayang mungkin baran tak kira masa”
“Tapi sayang tahan kalau yang salah saya”
“Sayang mungkin saja keras kepala”
“Tapi sayang manja bila kita berdua”
“Saya kenal sayang saya”



Buat apa di cerita
Bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya
Peduli orang kata
Baju ronyok tak apa
Asal pakai selesa
Berkilau tak bermakna
Kalau hati tak ada
Aku lebih bengis dari sang naga
Tapi bisa nangis semata demi cinta


Suaraku keras tak berbahasa
Kerna aku rimas gedik mengada-ngada
Aku mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan angin cemburu buta



Dan aku sengaja tunjuk keras kepala
Aku punya manja kau saja boleh rasa



Rahsia kita berdua



150 juta by Fynn Jamal