Wednesday, November 27, 2013

SEKSI OVARI

City of Angels, Katenye
Dia mengaku sebagai guardian angel
yang menyembuhkan sema luka yang pernah tercalar
tiup azimat ketika sakit
beri tongkat bila buta

Tapi dia sendiri yang cucuh luka
tikam jiwa dan cucuk mata

Rumah Kita
Kita cuba bina rumah ditengah lautan
malam hari kita indah berteman bulan
ombak x pernah jadi halangan atau rintangan
untuk kita rasa nikmat kebahagiaan
tapi akhirnya kita tak sanggup dgn ganasnya sang taufan
yang meranap dan menghapus cinta kita perlahan-lahan

kita cuba bina rumah diatas gunung
angin dan sejuk malam menambahkan  kasih sayang
rumah tinggi kita boleh mengapai bintang
tapi adakalanya kita takut dgn cerun genting
yang buat dada kita selalu bergetar panjang

kita cuba bina rumah didalam hutan
jauh dari pembangunan dan kebisingan
alam jadi pentas berdansa dan pesta keramaian
meraikan cinta dan kemesraan
tapi adakalanya kita getar dgn suara binatang yg berselerakan
dan kita tidak sanggup hidup selalu dalam ketakutan

Sebenarnya kita tak pernah kisah apa-apa
kita boleh berumah dimana-mana
asalkan kita selalu bersama-sama

Saling
Hey sayang,
kita tidak perlu saling mengongkong
sepatutnya;
kita saling menyokong

Tinggal-tinggalkan
Dia tinggalkan
boxer biru petak-petak
Malboro soft pack
yang sudah tinggal kotak

Dia tinggalkan
air liur basi
daki-daki dan haruman burberry

Dia tinggalkan bisikan puisi rumi
sebelum kita sama-sama beraksi
dengan tuhan sebagai saksi

Dia tinggalkan cecair putih pekat
bulat-bulat berbau hanyir likat

Dia tinggalkan dengan pelukan juga ciuman
sambil tangan berkeliaran

Dia tinggalkan aku sendiri
dan janji untuk hadir lagi
selepas selesaikan anak bini

Dia tinggalkan aku disini
dikamar sepi
entah mahu senyu atau nangis lagi?

Realiti dan fantasi
Sentiasa malam ibu bapa membacakan buku dongeng dan fantasi
kisah Cinderella dan sepatu kaca
kisah Rapunzel dan rambut mayang mengurai
kisah Snow white bersama tujuh orang kerdil
Semuanya berakhir dengan baik-baik sahaja
It's happy ending
anak-anak hidup dgn berbekalkan dunia khayalan
sepahit manapun cabaran
akan ada titik manis diakhir garisan
realitinya bukan begitu kan?

Bersama
Mungkin apabila tiada lagi airmata
baru kau akan benar-benar percaya
yang aku hanya mahu kita bersama
bukan sekadar buang masa


No comments:

Post a Comment