Wednesday, August 29, 2012

jiran

hikhik bercerita pasal jiran..korang knal x jiran korg??tegur x??urm bercerita pasal aku...boleh la..aku knal la jugak...borak tu xpnah sbb aku bukan jenis dok umah..korang taw kan..merayap sana sini..then dok hostel la.ape la..so xberapa nak close sgt an jiran2..yang aku taw dorang ujud...

epilog:::
nak dijadikan cerita ade seorang jiran aku ni bapa tunggal kepada 3org anak..umor beliau dalam 27 above kot..yg aku sure dye muda lagi..anak2 dye yg sulung dajah 1..no 2 tu 5tahun then sikecik umo 2tahun lebih..sume hero malaya..

al kisahnye:::
ari ni mmg aku xde class but i have an urgent meeting with Student Affair department..fehh..terkontang kanting aku..blur bagai..poning palo den...dgn agak penatnya diselubungi an suasana KL yang xberapa nak nyaman cam kat Beranang so aku pon balik laaa..turun je keta, aku baru melangkah g kat pintu rumah tetibe dgr suare dak kecik pgl..mii!!mi!mi!!!!oooo mi...aku toleh la kan...bdak kecik mana la jerit2 ni..pusing2 haaa kau..dgn xpkai selipe nye baju xpakai..sengih2 kat aku si kecik ni...alang2 aku nak g tgk anak2 aku..aku ajak la dye skali.."meh tgk cat..:dye dtg dgn penuh semangat..dan utk pengetahuan korg dye xpnah suke an org n xkn g sesuke ati kat org...tp excited ikut aku..nak tgk cat an rabbit...dah aku da macam mak kepung anak..aku cuak dye jatuh..kang bapak dye marah aku..mampus...

ok punye la excited main kucing dye soh angkat eppy(kucing)letak atas dye..ye sgt berani..dye pon tari eko epy..main2 an eppy..eppy biasa aaa relax cool n steady...sekali budak2 kecik ni mmg xleh duga..laju je dye g kat peah(kucing) g tarek ekor peah...dannnnnnn ha sudahh peah cakar dye la...mmg menangis la anak tu haaa..."waaaa,..mi ye wat..ye wat.atet!!!"aku da cuak..takot an abah dye..dah aku dukung2 dye pujuk cm anak aku ler an..feh seb baik kejap je nanges....pahtu aku bg dye makan cookies..erm puji lak ai.."mi...dap..edappp...nak nak nak!" haih dak kecik ni..da la pgl aku mi..

then dye ckp "nak lek..tdo."huhu comel la kau ni dak kecik..dye salam ciom pp aku kiri kanan n dahi...ololo comel..cume yg aku musykl...nape dye tetibe pgl aku mi..dan sape yg ajar dye soh pgl aku mi..mi tu maybe merujuk pada ::umi, mummy, mee kari:: ntah la...

love everyday


korang..pnah tgk x iklan ni??sumpah comel kan??kalau ade orang buat kat korang..ape korang rasa??fehh dunia ni berbunga2 bai!

Tuesday, August 28, 2012

perempuan manager lelaki mat despatch

"Salahkah kalau seorang perempuan yang ada ijazah, ada pangkat ada harta, bernikah dengan orang yang lebih rendah dari segi pendidikannya, dari segi kekayaannya, dari segi pangkatnya? Memang tak boleh ke?"
Ini jawaban saya..mungkin bukan utk mewakili semua perempuan, tapi jawaban ini adalah dari hati saya sendiri.
Islam telah mengajar kita prinsip sekufu

Di dalam pernikahan, sekufu' bukan bermakna semuanya mesti sama. kalau semua nak sama, susahlah orang yg ada Phd nak cari jodohnya. susahlah wanita yang berpangkat besar mencari jodohnya. Kenapa Islam menyuruh kita mencari yang sekufu', yang lebih kurang sama dengan kita? supaya dapat mengurangkan jurang perbezaan di antara suami dan isteri. supaya dapat mengurangkan risiko hancurnya rumahtangga kerana jurang perbezaan tersebut.
Semasa kita sedang asyik dibuai cinta..semuaanya jadi buta. kata pelajar saya Muhibs Ashtepets, cinta tidak buta, tapi love transcends everythings."

Betul....masa kita tengah hangat bercinta, semuanya indah, semuanya kita rasa okay. tak kisah.
Feel kebanyakan perempuan ni, kalau dia dah jatuh cinta dan jatuh sayang...dia tidak akan lihat apa pangkat bakal suaminya. darjat, pangkat, harta semuanya tidak menjadi penting buat dia. yang penting dia nak hidup bersama dengan org yg dia cinta. Itu yang boleh ada pepatah melayu, "nasi lemak buah bidara, sayang selasih hamba lurutkan.buah kasih, buang saudara, ke thailand dan ke lombok aku turutkan."

Yang menjadi masalah nanti ialah, bila si suami yang lebih rendah pangkatnya, lebih rendah pendidikannya, lebih sikit gajinya sentiasa merasa dia pun rendah. bukan rendah badan.tapi rendah diri yang tidak bertempat. masa itu, barulah yang indah macam pelangi akan jadi haru biru. Isteri minta tolong bantu dia dia di dapaur, dia rasakan isteri berlagak jadi boss. isteri minta tolong jaga anak, dia rasa isteri nak kulikan dia. itu belum campur dengan budaya org melayu yang kata, lelaki yg tolong isteri di dapur itu suami yang dayus, takut kat bini. belum lagi campur dengan persepsi masyarakat melayu yang tipikal, yang kata..."fuhh..jadi orang gaji bini." Allahu Rabbi.

Bila perasaan rendah diri atau inferiority complex itu menguasai diri, maka saat itu...akan hancurlah sebuah rumahtangga. akan hilanglah mahabbah dan rahmah di dalam rumahtangga. retak menanti belah....belah menanti hancur. Jadi kalau rasa sanggup nak hadapi semua tu, teruskanlah niat nak bernikah dengan buruh kasar yang hensem, atau ofis boy, atau pak guard biasa yang amat caring di mata kita. Cuma bersedialah utk menghadapi segala kemungkinan yang akan tiba.

Dan nasihat saya kepada lelaki yang mendapat isteri yang lebih tinggi kedudukannya dari kalian, selalulah bersangka baik kepada isteri anda. jangan sesekali bersangka buruk. "Ingatlah, ketika isteri yang lebih tinggi pangkatnya itu memilih anda, dia bukannya tidak ada terdesak sebab tak ada org lain inginkan dia. tapi bagi dia..andalah yang terbaik utknya. andalah yang diharapkan akan menjadi bidadaranya di syurga nanti."

kepada wanita yang berpangkat besar, yang ada kedudukan, yang ada ijazah bergulung2..ingatlah satu perkara, biarpun suami anda lebih rendah pangkatnya...dia tetap suami anda, perlu dihormati sebagai imam di daam rumah itu. bermusyawarahlah dengan dia bila membuat keputusan penting. jangan belakangkan suami anda di majlis2. bawa suami anda dan beritahu inilah orang yang sentiasa berada bersama saya sewaktu senang dan susah.

semoga soalan tadi telah terjawab. Jangan lah menyanyikan lagu berkorban apa saja, harta ataupun nyawa semasa sedang bercinta. tapi bila cinta menjadi benci...lagu tu menjadi, 'aku akan korbankan engkau pulak.

Sumber :
Mdm Fauziah, AIKOL, UIA

Jadi xkan jadi masalah walau siapa pun awak...jgn rendah diri xbertempat ye wahai lelaki...Sangat setuju :') mencintai segala kekurangan dan kelebihan, bersyukur dgn apa yg ada :') Allah jdikan pasangan utk saling melengkapi :') 

don't cry

hey beautiful eyes!!do not cry...please..u r strong guy so do not cry..past is past..

frenzoo!!

urm ni bukan la openhouse actully..saje wat makan2..thnx for coming...#ubizzian..#amancampus...and #heart♥!sorry makanan xcukup...smpai kne tonggeng2 termos...hehe maaf ye...yg mana bertuah tu dpt rase air tea aku buat..bhahahha yg xbetuah tu minum air sejuk tawar...and yg bertuah yang dtg paling awal..sbb dpt layanan first class..malangnya xde gambar..ni pon curik yg boi...huih bz sgt smpai camre pon xsempat pegang..


Monday, August 27, 2012

people

people will come and go...because why???they are not the dog..the dog that loyal with dog's owner...hurmm..what i can say...smile and take it easy...to be honest..it was easy to make people like u..but to forget people..u need a time...ahaks!!was trapped!..btw my life is my rule!

Saturday, August 25, 2012

ku bahagia



✿.✿ بسم الله الرحمن الرحيم ✿.✿

hai la neves3...ahaks..mampu kau jah...ari ni hati rase bunge2 sangat..kenapa??sebab ada dia..tp biarlah dalam hai je kan..fehhh~fes time nampak da dup dap dup dap..ai la..jantung aku da rupe cam lagu Butterfly ~ketika waktu mendatangkan cinta..aku putuskan memilih dirimu..setitik rasa itu menetes dan semakin parah...bisa ku rasa..getar jantungku menyintaimu apa lagi aku..jadikanlah dirimu pilihan terakhir hatimu..

nampak??nampak x betapa aku rase bunge2??owh ade kunci untuk dye..kunci?yea kunci hati..hati ni da dalam kotak..nak bukak kotak kne ade kunci..masalahnye nak ke dye jadi pemilik kunci ini??diam3..diam jo lah eh...tapi tolong la..amek la...sy xmarah pon...kalau kunci ni untuk awak, awak tau kan macam mana nak bukak kotak tu...awak taw kan macam mana nak jaga..dan awak..awak taw x sape awak??tolong la tawu eh eh eh... 

msh♥

TQ Allah...

nismilan

dye comel!!bodogup jantung den ni haaa!!fine!!aha

Friday, August 24, 2012

Islamic Couple


✿.✿ بسم الله الرحمن الرحيم ✿.✿

Got new things,which is so much interesting.. Islamic couple?? boleh ke?? halal ke?? 
siapa yang duk terlebih bijaksana introduce this term kan? kononnye couple tanpa maksiat.. ade yg kate couple tak payah selalu jumpe.
ada yg kata couple tp takyah selalu calling2. macam-macam care la nak islamic kan hubungan couple ni kan? hahahaha. k tergelak kejap.


Lets compare it with this story.
Story about ade seorang mualaf ni.
dia chinese then masuk islam. 
dia ade satu habit yang sangat sukar nak stop, 
which is suke makan pork a.k.a jambon. its really difficult for him.
then he comes with this idea.....


Dia beli seekor anak khinzir yang baru lahir.
dia AZANKAN anak khinzir tu masa baru lepas lahir.
then die BESARKAN anak khinzir tu dgn gaye hidup ISLAM.
BAGI MAKAN dengan semua MAKANAN HALAL.
MANDIKAN SETIAP HARI. jage kebersihan? :)
DENGARKAN khinzir a.k.a jambon itu dgn ayat2 Quran.
senang cerita khinzir tu dibesarkan penuh dgn GAYA HIDUP ISLAM.


then at last, satu hari dia pun bercadang nak makan jambon ni. 
dia pun sembelih cara Islam.
tp jambon mana ada anak tekak kan?
then dia pun masak la dgn bersungguh2 ~
dah ready nak makn tiba2 dtg seorang ustaz ni. 
mualaf tadi pun dengan selamba ajak ustaz ni makan. 
agak2 ape reaksi ustaz ni?


OK, sekarang ni nak tanya.
HALAL KE NAK MAKAN KHINZIR TU? BOLEH KE KITA "ISLAMKAN" KHINZIR TU?
DAH HALAL KE NAK DIMAKAN?


then relate dengan hukum bercouple.
couple tak jumpa.
couple tak mesej selalu.
couple saling kejut bangun tahajud.
couple tadabur sama?

KITA ISLAMIC KAN HUBUNGAN COUPLE TU.
DAH DIKIRA HALAL KE?tepuk dada and ask yourself okay.



"whats the point dia nak jadi suami you if you yang jadi alarm clock die pagi2?"

"whats the point nak jadi suami kalau solat yang wajib pun kena tolong di ingatkan" 

"apehal you yang nak susah2 nak risau suruh dia berhenti merokok? tu yang nak di jadikan suami?" 

"buat apa you nak bercinta bagai nak rak. At last kahwin dengan orang lain??" 

Kalau ada jodoh tak kemana, kalau tak dekat dunia. InsyaAllah dekat akhirat menanti.
Jodoh don't play hide and seek with us.
Allah know the best for us. the most important is our pray.
remember this statement okay :)
Peringatan Bersama

"JANGAN PERNAH ISLAMKAN BENDA YANG HARAM"



aku??mampu ke aku wat cmtu??o Allah..please give me ur guidance...

first love story


✿.✿ بسم الله الرحمن الرحيم ✿.✿


Yang mana satu pilihan anda, antara buah yang sedia jatuh berguguran ke tanah atau yang masih berada di atas pokok? Tentunya ramai yang akan lebih memilih yang di atas berbanding yang di bawah.

Demikian lah juga dengan saya. Akan memilih yang di atas dari yang di bawah. Kerana apa? Kerana biasanya buah yang jatuh berguguran itu telah rosak dan ada yang telah ditebuk binatang sebagai contoh dimakan oleh seekor atau lebih seekor dari serangga. Mungkin juga di makan oleh tupai atau monyet liar. Tetapi tidak buah yang di atas, belum disentuh dan menjadi idaman hampir setiap orang yang memandang.
Begitulah boleh diumpamakan dengan nilai diri kita dalam memulakan episod cinta pertama. Rasa cinta pasti hadir bila tiba saatnya. Tanpa dijemput atau dipinta. Ia pasti hadir membuai rasa di hati kita. Keinginan untuk mencintai dan dicintai tidak perlu dipelajari. Itu fitrah. Tetapi jangan kita lupa, fitrah juga perlukan hidayah. Hidayahlah yang akan menunjuk arah sebenar perjalanan sebuah cinta suci.

Bagaimana yang dikatakan dengan cinta suci? Adakah seperti cintanya Romeo dan Juliet? Atau umpama cintanya seorang penyair Arab yang menyintai seorang wanita bernama Laila? Sehingga ia digelar "Laila Majnun" oleh masyarakat waktu itu kerana cintanya yang menggunung? Begitukah cinta suci yang kita inginkan?

Cinta suci meletakkan Allah sebagai 'matlamat'tertinggi. Cinta sesama makhluk cuma sebagai 'alat'. Alat untuk mencapai matlamat meraih kasih sayang dan redha Allah SWT. Untuk itu, sebelum terjebak dalam cinta, seharusnya kita berusaha 'menjadi diri yang tepat untuk mencintai' sebelum bersantai-santai 'mencari diri yang tepat untuk dicintai'. Semua ini tidak dapat lari dari 'hukum tarikan cinta' -sunnatullah yang tidak dapat diingkari. Saling cinta menyintai, saling lengkap melengkapi.

laugh..

they give me a smile!!a big smile...thnx guys!!u are rock babe!!

Adib Zahran..

Beranang's crew!!ayip dan kawan kawan

angah!

Nabil Danial

yeah..pocah perot den ni hah!!

Thursday, August 23, 2012

doa nabi yusuf as


Doa Nabi Yusuf dikala merindui Zulaikha. Sesiapa pown boleh cuba doa nie, mungkin rindu korang tue boleh sampai kepada dia walaupun dari jauh dan dalam diam. Sesuai untuk mereka yang bercinta dalam diam,di hati ini hanya Tuhan yang tahu :)



" Ya ALLAH, sampaikan salam rinduku kepada .....(nama penuh orang yang kita rindu ) sehingga menjadi kerinduannya... Aminnn "


♥ ♥ ♥”Jika namamu yg ditulis di Luh Mahfuz untuk diriku,
nescaya rasa cinta itu akan ALLAH tanamkan dlm diri kita ..
Tugas pertamaku bukan mencari dirimu tetapi mensolehahkan diriku..
Sukar untuk mencari soleh dirimu andai solehahku tidak setanding dgn kesolehahan mu..Janji ALLAH pastiku pegang dlm misi mencari diri ‘Lelaki yg baik untuk wanita yg baik ” ♥♥♥



sedihlahhh....

:(((((((

Wednesday, August 22, 2012

dan hilang...

hurmmm..aku hilang sorang orang yang aku sayang tp Allah ganti dgn 1000 orang yang sayang aku...kekadang kita xtaw apa yang kita cari dan apa yang kita buat..aku pon..bila orang ni explain mcm ni..orang tu cakap mcm tu..orang tu cerita macam ni pulak..haih..satu je aku pelik..knapa mesti ade orang mcm kau..bila aku da undur diri..kau pon barulah sibuk2 nak blah jugak...tapi masa aku ngah syok bercinta xegt dunia..kau datang kacau aku..xnak mengalah konon..then at the end..bile aku da angkat bontot aku blah..kau datang dengan muka anjing ckp kau da xnk terhegeh2..haih...manusia..tp xpe la nak wat cmne...aku malas la nak bertekak2 mcm org bodo xde akal..come on la..hilang sorg xkan effect langsung kat hidup aku...xyah ckp byk la...bukan sekali rase bende ni..da byk kali...dari kau hidup dalam penipuan lagi bagus angkat kaki blah kan..tu lagi better kot...mcm mana aku nak ckp eh sekarang..aku da free..yeah I'M FREE!!xterikat an mana2..ape ag..da confirm aaa ley jual cincin tu kan...5bulan aku teragak2 dgn status aku...at the end ALHAMDULILLAH..semua settle..aku pon senang..ape ag pk holiday la geng!!


cameron highland

kundasang
which one??hurrrmmm

Tuesday, August 21, 2012

friends

friends...yeaa the person that will lend their shoulder for me too cry on...the person that being a good listener when im in problem..the person that give me a power to be more stronger..the person that will make me smile and laugh like a crazy..lol!!like hang out @ Subway and laugh like that Subway is by my own, talk like a fucking shit @ White Coffee without care about the others...hahahaa u are rock friends!!the person who will always bbm me to make sure that im okay...the person that teach me - past is past and start create a new one.new lily, new chapter, new life and new heart...- new heart??yeah sure i will!!no worries dear friends..thanks always be in my side..i do appreciated that...owh thanks!!-terharu beb

then!!enjoy this life as you can!!!

rindu by agnes monica


Selama aku mencari 
Selama aku menanti 
Bayang-bayangmu dibatas senja 
Matahari membakar rinduku 
Ku melayang terbang tinggi 

'tuk slalu mega-mega 
menembus dinding waktu 
Ku terbaring dan pejamkan mata 
Dalam hati kupangil namamu 
Semoga saja kau dengar dan merasakan 

Getaran dihatiku 
Yang lama haus akan belaianmu 
Seperti saat dulu 
Saat pertama kau dekap dan kau kecup bibir ini 
Dan kau bisaikan kata-kata ku cinta padamu 

Peluhku berjatuhan 
Menikmati sentuhan 
Perasaan yang teramat dalam 
Telah kau bawa segala yang kupunya 
Segala yang kupunya ouoooo 

Getaran dihatiku 
Yang lama haus akan belaianmu 
Seperti saat dulu 
Saat pertama kau dekap dan kau kecup bibir ini 
Dan kau bisikan kata-kata aku cinta padamu ooho kepadamu hohoh 


cinta terlarang by kangen band

Cinta dengarkanlah ku ingin mendengar suaramu
Nyanyikan lagu-laguku bila kau rindukan aku
Cinta relakanlah akhiri cerita tentang kita
Ku tahu berat bagimu untuk melepaskan aku

Ku minta kepadamu jangan keluar malam ini
Karena ku tak akan menemuimu
Ku minta kepadamu jangan keluar malam ini

Sesungguhnya kasih sayangku tiada batas
Namun secepatnya engkau harus ku lepas
Selagi engkau berdiri dan kau bernafas
Lekaslah pergi agar engkau pun terbebas

Sesungguhnya engkaulah makhluk yang ku sayang
Tetapi cinta kita ini cinta terlarang
Ku harapkan agar engkau cepat menghilang
Dan jangan lagi kau datang

Cinta relakanlah akhiri cerita tentang kita
Ku tahu berat bagimu untuk melepaskan aku

Ku minta kepadamu jangan keluar malam ini
Karena ku tak akan menemuimu
Ku minta kepadamu jangan keluar malam ini

Sesungguhnya kasih sayangku tiada batas
Namun secepatnya engkau harus ku lepas
Selagi engkau berdiri dan kau bernafas
Lekaslah pergi agar engkau pun terbebas

Sesungguhnya engkaulah makhluk yang ku sayang
Tetapi cinta kita ini cinta terlarang
Ku harapkan agar engkau cepat menghilang
Dan jangan lagi kau datang

blank jap tetibe

raya ke 3 aku hancur cmtu je..tros hilang mood raya..btw aku xnk n xhingin nak doakan ape2 utk korg...kau!ye kau...sape ag kan...kau mmg terbaik!sgt terbaik..aku xhadap sgt la diri kau.and kau!ye kau menang..heee tahniah diucapkan..aku bukan jenis meramps n berebut2..nak sgt amek la...


Wednesday, August 15, 2012

my first biskut raya

fehhh...aku mmg seorang yang xpandai memasak...-that's why smpai sekarang aku xkawen ag...- melainkan lempeng..bende yang aku paling terre kalau masak..sume org kalah...disebabkan aku xpandai memasak, x bermakna aku xsuke memasak...aku suke wey walaupun xpnah wat..bedal je la...agak2 leh mkn...sedap xsedap blakang cite yg penting try...huhuhu try punye try maka hari ni aku terbuat biskut semprit...hahaha sgt kelakar sbb terasa hebat sgt..hehehe well..you know me...untuk pertama kalinye aku wat biskut raya..hebatnye aku!!! hahaha tengok lah...




oke sebekas rm150.00 -jgn tnye nape mahal-limited edition oi

Saturday, August 11, 2012

liar

hey liar!!thnx become into my life!!after all these happen and i'm just opened my eyes and see ur game..hahaha sound good when u told the truth..and the thing - the important thing that u should know is I don't need u anymore!and please go with ur bitch!!


pendam

lagu ni aku rasa lagu paling menusuk kalbu and sgt sesuai utk org2 yg tgh meroyan cam aku neh..haih...siyes lagu ni best kot...xtipu ...sedih laaaa..huaaaaaaaa untung la korg couple sampai ke jinjang pelamin...aku??hurmm ade jodoh ade lah...kalau da xde...xpe la.. T_T


Aku yang mengejar bayang
Cinta kian terbiar
Terpendam kata tak terungkap selamanya

Pedihnya hanya aku yang merasa
Mahu memilikinya
Aku hanya hamba cinta
Bisik hatiku lepaskan dirinya
Sungguh aku tak bisa
Biarlah ku sendiri
Tanpa kasih di hati
Aku tak mampu pertahankan lagi
Cinta yang menyakiti
Biarlah aku pergi
Tiada hampa di hati
Pedihnya hanya aku yang merasa
Mahu memilikinya
Aku hanya hamba cinta
Bisik hatiku lepaskan dirinya
Sungguh aku tak bisa
Biarlah ku sendiri
Tanpa kasih di hati
Aku tak mampu pertahankan lagi
Cinta yang menyakiti
Biarlah aku pergi
Tiada hampa di hati
Aku yang mengejar bayang cinta

Taat Pada Boyfriend




Taat Pada Boyfriend.
Perempuan selalu cinta dalam-dalam. Tak berpada-pada. Dia percaya  lelaki itulah yang dia bakal kahwini. Mungkin dia anggap, relationship itu sebagai satu test, adakah dia wifey material. Jadi dia kena tunjuk betapa wifey materialnya dia. Dengan taat pada boyfriend.
I’ve seen this a lot (ehem, girlfriends). And at one point in my life, I used to be that girl too.
“Weh jom keluar lepak jap. Lamanya tak jumpa!” “Jap aku tanya boyfriend aku”. Wow, sejak bila berdosa andai boyfriend tak redhakan pemergianmu untuk melepak bersama teman-teman? Bilakah tanggungjawab menjagamu beralih dari ibubapa ke boyfriend mu? LOL.
Bila liat nak solat, boyfriend call dan tanya dah solat belum? Wow terus laju capai telekung dan bersolat wow wow, cuba kalau Mama atau Daddy yang suruh pergi solat, tunggu lagi beberapa minit nak habis waktu baru bergegas.
Ibubapa nasihat belajar rajin-rajin, oh it’s just another nasihat yang berulang sejak dari tahun satu lagi. Tapi bila boyfriend bagi kata-kata semangat nak exam, sayang jangan lupa baca Allahuma Yassir Wala Tuassir ya xoxo. The moment dapat anugerah dekan terus update status FB I can’t do it without you, you are my drive, my inspiration, my backbone. Wah tiba-tiba dia jadi tulang belakang kau, entah engkau tulang rusuk kiri dia ke idok, belum confirm lagi.
Bila pakwe ajak keluar weekend, terus OKAY! *sambil cancel semua plans lain*. Kalau family kata baiklah we’re having dinner this weekend, jawapannya “Tengoklah kalau I free”.
Kalau nak pergi clubbing, "weh nanti jangan tag gambar aku, nanti boyfriend aku nampak". Oops, taknak hancurkan hati boyfriend uols! Hati mak bapak camne? Oh lupa mak bapak takde Fesbuk. Sorry sorry, ini tak valid.
There’s a difference between being a good partner, and secara buta tuli taat. If he is a good partner to you, and you repay him with kindness as well, you’re a good partner. Kalau dia treat you macam bangang, tapi you still put him first, that’s… sorry to say, buta tuli taat.
Bila buta tuli taat, you lose your value and above all, you lose yourself. 
So ladies, don’t give your all just yet. Not until he sits on the cushion and the pakciks around him said “SAH”. Biarlah orang kata jual mahal, sebab benda mahal memang kita kena jual mahal okay belajarlah ekonomi/business.


Monday, August 6, 2012

how to make pavlova?

hehuu~~~pegi becuti2 ke KKB mmg hobi ku dimasa terluang...membebel an gf and belajar masak an mak..hoho terbaik la nokks..nak wat pavlova kena ada
  • 4biji telur telur putih sahaja)
  • 1sudu tepung jagung
  • 3/4 gula icing
  • 1/2 sudu kecik cuka makan
  • 1 sudu esen vanila
  • whip cream (non -dairy)
  • buah-buah sedap - anggur hitam, peach, kiwi, strawberry and so on..
disebabkan aku kat kkb so ade 2 buah je...anggur an kiwi..


step first skali...yeaa pukul putih telur yg 4 biji tuuuuu

sampai gebu dan kembang camni...kalau baling bowl ni pon dye xtebalik..

next masukkan gula icing

sikit2 taw...sampai dye kembang and cantik...

dan disamping tu letak tepung jagung sebanyak 1sudu je taw..hehe letak elok2

disamping itu juga..cececehhh masukan esen vanila dgn cuka makan...jgn byk2 n telebih tawww

dan rupenye...begini la...cantikkkk dan geram..

next sebb aku wat 2layer...aku wat 2bijik..masukkan dlm loyang and bakar...selama  1jam  dgn suhu 120 darjah

da tebakar...dye jd cmniiii..hehehehe

ok time tu da boleh pukul whip cream ni...huhuiiiiiii pukul 10minit bia dye kental mantap n gebu

yeaaa ini buahhh dye...fisz ni xreti potong...hahahaha

oke untuk fes layer...ltak whip cream...woo!!

hehe excited..susun cntik2

then letak layer yg ke 2...dannn

siappppppppppp!!awwwwwww

makan!!!!!
haha sekian pavlova dr besties ika n fisz!!!