Monday, September 16, 2019

BERTANJAK 16 SEPTEMBER 2019

16/9/19
Sambutan hari Malaysia guys!!xmungkin mek turun dataran dek kerana haze yg melampau..elok pulak Uthman ada appointment pneumococcal dose ke 3.. apa lagi siap pagi2 berbaju melayu klasik berseluar melayu bertanjak lah 3 pendekar mek hari ni.. plan nak p makan mamak, almaklumlah duduk kawasan cina semua makanya satu2 nya mamak yg glamour alimaju lah. Keluar je kereta ade couple ni..aunt tu mcm mat saleh, uncle tu melayu sejati datang tegur
“Eh Hang Jebat is here.”
Mak hang jawab
“Hi aunt, Selamat Hari Malaysia.”
“Haa selamat hari Malaysia, it’s very nice attire.”
Uncle tu tanya “Nak g mana ni?”
“Alimaju uncle, having breakfast. Waiting for my husband and another Hang Tuah.”
“Haaa there got another Hang Tuah!!”
“Nice dear!!Happy malaysia day,enjoy ur breakfast “
And.. ni lah hang jebat tu..
Hang Jebat Eboo

Rasa macam bangga la sat sbb mak hang tgk semua dok usha ja..biasalah mak kaki capub (cari publisiti) hahahahhahaa. Xde la pemakaian tanjak ni at first cm support kawan mek meniaga buat tanjak. Lepas tu cik abe kata 16/9/19 nak pakai tanjak nak turun dataran.sekali haze kau!!dari turun dataran bagus tunggu turunnya hujan.alhamdulillah hujan dah turun sekarang (jom submit doa sat)
Ok cerita lagi sorang hang tuah tu, dia xfikir apa dah kalau jumpa favourite food dia. Rasa macam perlu tukaq nama jadi hang poori!!

Hang Tuah ni tarik poori bukan main panjang weh
Haaaa nampak dak kemasyhuran dia bila nampak poori. Hang mak ka hang pak ka yg penting makan dulu ane. Ane tu lambat amek order pon Hang tuah ni dah mengamok dah haaa!!

Ni bersama Pak hang yg sentiasa huru hara.
Siapa kata jangan nak bagi gadget kat anak time makan aku taboh sat g!!! Anak sorg bleh cerita, masuk dua sebelum meja terbalik ada baiknya pak hang pujuk bagi henfon sementara nak tggu poori sampai.. Ingat ni mak mak yg mulia yg sentiasa perfect. Jangan sedap rasa sangat tulis status tu.kena atas hidung baru tahu langit tu tinggi rendah. Amboi mak hang cm nak gaduh la tulis pon..  Dak aih, nasihat ja. Huhu.

No comments:

Post a Comment